Mmmm...bila la aku nk jd jutawan macam 8 orang jutawan Malaysia ni??? seperti :
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
- Azizi Ali, Jurulatih jutawan
- Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
- Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
- Irfan Khairi, Jutawan Internet
Kalau xdpt jd jutawan pn xpe la...yg pnting tiap2 bln dpt cari pendapatan sampingan..tapi...alangkah bestnye kalau dapat
duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada kita...
Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
Dato' Dr Fadzilah Kamsah mendedahkan:
- kisahnya yang tidak mendapat sokongan bapa apabila ingin memulakan perniagaan!
- rahsia kejayaan beliau dalam bidang motivasi!
- walaupun 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan, tetapi apakah penyebab 9/10 perniagaan gagal!
- rahsia dalam menggandakan ilmu di dalam diri sendiri
- cara menjadikan stress suatu yang positif!
... dan banyak lagi!
"Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang"
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Mentor Jutawan #2:
Azizi Ali
Jurulatih Jutawan
Antara topik yang di dedahkan:
- apa satu perkara yang dilakukannya setelah perniagaan pertamanya gagal yang menjaminkan kejayaan perniagaan seterusnya?
- bagaimana untuk memastikan lagi banyak wang kita dapat, tidak menjadi lagi banyak wang dibelanja?
- 5 kunci menjadi jutawan ekstrem
- faktor No #1 penting sebelum memulakan perniagaan!
- bagaimana menggandakan pendapatan anda cara jutawan-jutawan lakukan!
... dan banyak lagi!
"Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya"
- Azizi Ali
- Azizi Ali
Mentor Jutawan #3:
Dato' Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)
Jutawan Senyap
Antara topik yang di dedahkan:
- apa yang membuat Chef Li memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar?
- tentunya langkah beliau dikritik oleh keluarga dan kenalan- apa yang dilakukannya?
- masakan yang sedap tidak menjaminkan perniagaan makanan anda berjaya! Ketahui prinsip 3C
- perniagaan makanan margin untung lebih 100%!
- apakah maksudnya formula kejayaan Chef Li TNS x L?
- teknik di mana walaupun perniagaan kecil- cara ini menjaminkan anda untuk menjadi jutawan!
... dan banyak lagi!
"Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif"
-Chef Li
-Chef Li
Mentor Jutawan #4:
Dato' Dr Azman Ching
Jutawan MLM
Antara topik yang didedahkan:
- pentingnya komunikasi dalam perniagaan dan bagaimana sekiranya anda yang pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi!
- rahsia menjadi hebat dalam MLM
- Teknik "Doktor dalam peperangan" yang pasti akan melipatkali gandakan prospek anda!
- strategi A-B-C dalam mendapatkan downline pada bila-bila masa sahaja, tidak kira keadaan kewangan anda!
- formula kekayaan Azman Ching = K-A-S-H
... dan banyak lagi!
"Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"
-Dato' Dr Azman Ching
-Dato' Dr Azman Ching
Mentor Jutawan #5:Billi Lim
Jutawan berani gagal
Antara topik yang didedahkan:
- kisahnya yang gagal dalam segala-galanya!
- bagaimana ubahkan kegagalan menjadi kejayaan
- menjadi gembira tidak memerlukan syarat- rahsia berfikiran positif!
- cara menghilangkan perasaan takut pada rejection dan bagaimana mengurangkanrejection!
- apakah yang dimaksudkan dengan X-Factor di mana semua jutawan perlu ada?
... dan banyak lagi!
"Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu"- Billi Lim
Mentor Jutawan #6:
Dato' Hussamuddin Yaacob
Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Antara topik yang didedahkan:
- kisah Dato' Hussamuddin
- daripada kedai majalah kecil, menjadi penerbit terbesar di Malaysia!
- rahsia memupuk persekitaran kerja yang hebat
- kesilapan utama yang kritikal ramai usahawan-usahawan lakukan!
- rahsia perniagaan, walaupun sekiranya tiada permintaan!
- mindset jutawan
... dan banyak lagi!
"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
- Dato' Hussamuddin
Mentor Jutawan #7:Abang Abu
Usahawan Jutawan
Kisah inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura!
Antara topik yang didedahkan:
- bagaimana Abang Abu bangun daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga menjadi seorang jutawan pada umur 26 tahun?
- kata Abang Abu, semua orang yang ingin berjaya memerlukan PHD!
- mencapai matlamat semudah A-B-C-D
- 6 Peringkat penting bebas kewangan
- Cara INVEST dalam perniagaan
- mengapa memilih rumah kedai sebagai pelaburan dan bukan rumah?
- 8 Langkah untuk jadi kaya... raya
... dan banyak lagi!
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"
- Abang Abu
- Abang Abu
Mentor Jutawan #8:Irfan Khairi
Jutawan Internet
Antara topik yang didedahkan:
- apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur 18 tahun?
- untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa?
- satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan
- 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari!
- strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari!
... dan banyak lagi!
"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini"-Irfan Khairi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan